CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Welcome to KhAIriL FaHMi iDRis a.k.a jeFFwArRioR bLOg...peperiksaan final dah hampir....sesiapa yang melawat blog saya, tlg doakan kejayaan saya yer.....

Sunday, June 7, 2009

Masalah pencemaran semakin hari semakin berleluasa di negara kita ini. Setiap hari kita berdepan dengan masalah ini. Apakah jalan penyelesaian terbaik? Mari kita bersama-sama membincangkian isu ini.

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air

3.Pencemaran laut

4.Pencemaran bunyi

5.Pencemaran tanah

6.Pencemaran haba

7Pencemaran sungai dan kolam

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza.
Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut.

Pencemaran udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.
Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri .

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.
Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.
Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

Pencemaran air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.


Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.
Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

Pencemaran laut
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.
b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.
c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai.

Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.
d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.


Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.


c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.


d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.

Kesimpulan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.
Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh
digunakan untuk menghasilkan metana.
Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.
Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.
Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:
a.Pameran
b.Kempen-kempen
c.Pertandingan
d.Projek Riadah Alam Sekitar


A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.
Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.
Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat
,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.
Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.
C.PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.
D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.



salam kepada semua. maaf kepada semua blogger yang saya sayangi. setelah hampir setahun saya menghilangkan diri, kini saya kembali semula untuk membuat segala perkongsian dengan anda semua... i'm back now....

Sunday, September 21, 2008

video








Salam Aidilfitri kepada Semua....

Sedar x sedar, sekejap sahaja bulan Ramadhan yang barakah ini akan meninggalkan kita. Terlalu singkat rasanya. Sedih pun ada juga. Entah ada peluang lagi atau tidak kita akan berjumpa bulan yang mulia ini pada tahun hadapan. Harap-harap anda semua puasa penuh lah ya.. xkanlah dah besar pun xboleh nak puasa penuh. Adik-adik kita yang kecil berlumba-lumba untuk puasa penuh(xtau r kalo sebab nak duit raya lebih), xkan kita xboleh pulak... Malu besar 2 geng...huhuhuhuu... Pe2 pun.... beringatlah ya kawan-kawan...Walaupun raya hanya setahun sekali, jangan pulak beraya sakan sampai berhabis semua sekali. Berjimat cermatlah ya. Banyak lagi keperluan lain yang perlu digunakan dengan sebaiknya. Ingat2 lah pada kawan2 kita yang x dapat beraya dengan sempurna kerana faktor kemiskinan, perajurit2 kita yang bertugas di perbatasan bagi memastikan kita semua dapat beraya dengan aman dan damai. Banyak2 bersyukur kerana kita masih lagi dapat berhari raya di negara kita yang aman dan harmoni ini. bersama-sama lah kita mengekalkan keamanan kita ini. Salam Hari Raya Aidilfitri buat anda semua.... Assalamualaikum....

Sunday, August 31, 2008








FADHILAT SOLAT TARAWIKH
  • Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
  • Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
  • Malam 3: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  • Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  • Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  • Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.
    Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Malam 10: Allah S.W.T. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
  • Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
  • Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Malam 16: Allah S.W.T. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
  • Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 19: Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
  • Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
  • Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)
  • Malam 23: Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  • Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
  • Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.
  • Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
  • Malam 29: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.
  • Malam 30: Allah S.W.T. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.

Monday, August 25, 2008

FaKTa SemASa PeRiSYtiHAraN MerDEkA....










Bulan Sambutan Kemerdekaan....
Kini tibalah bulan kemerdekaan bagi negara kita yang tercinta. setiap daripada kita haruslah menyayangi negara kita sendiri. Kita semua harus bersyukur kerana kita masih dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Janganlah kita mencemarkan nama negara kita. Ingatlah perjuangan datuk dan nenek kita dahulu. mereka bergadai nyawa untuk memastikan kita semua dapat hidup selesa dan harmoni. MERDEKA! MERDEKA!!!MERDEKA!!!
Di sini terdapat satu fakta menarik yang ingin saya kongsikan bersama anda semua. Mungkin anda semua tidak perasan atau mungkin anda semua tidak ambil tahu tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini dengan anda semua sempena bulan kemerdekaan kita ini. cuba anda lihat gambar di atas, yang kiri sekali Tunku Abdul Rahman di dalam kereta sambil melaungkan kemerdekaan. gambar ini sewaktu pemulangan Tunku dari London dan laungan ini di Melaka. Gambar kanan pula sewaktu Tunku melaungkan Kemerdekaan Secara besar-besaran di Kuala Lumpur. Cuba anda semua perhatikan, gambar di Melaka Tunku melaungkan kemerdekaan, tangannya di genggam tetapi, di Kuala Lumpur, Tunku melaungkan kemerdekaan, tangannya di buka.... Apakah maksud perbuatan tersebut???? Mesti anda semua tidak tahu bukan??? Ini kerana di Meleka, kemerdekaan belum lagi sah menjadi milik negara kita. Walaupun mendapat persetujuan dari British, tapi kita masih lagi belum freedom sepenuhnya. British boleh mengambil semula kemerdekaan kita sesuka hati mereka. Itulah sebabnya Tunku menggenggam tangannya. Di Kuala Lumpur pula, Tunku tidak menggenggam tangannya bermaksud kita sudah comfirm merdeka kerana disaksikan oleh pegawai-pegawai british. Barulah Tunku yakin yang kita sudah bebas merdeka. Inilah fakta yang tidak ramai tahu dan tidak ambil peduli terutama golongan remaja. Jadi, hargailah kemerdekaan yang kita miliki.

MaLAySiAKu TeRCinTA




Malaysiaku Gemilang 51 Tahun!

31 Ogos merupakan satu tarikh keramat bagi rakyat Malaysia. Tarikh inilah merupakan hasil penat lelah tokoh-tokoh terdahulu berjuang menuntut kemerdekaan. Penderitaan masyarakat yang hidup dalam ketakutan akibat penjajahan. 51 tahun telah berlalu. Malaysia telah bergerak maju seiring dengan pembangunan dunia. Dapat dilihat kerjasama masyarakat majmuk dalam merealisasikan hasrat negara. Kemerdekaan adalah satu-satunya pencapaian terbesar bagi negara kita.
Malaysiaku Gemilang 51 Tahun!